PUSAT Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi bufet Ramadan bertemakan Selera Oang Kita bermula 14 Mac sehingga 7 April ini.Menengahkan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik hidup bersama sejak sekian lama.Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat majmuk ini, SACC memilih Selera Oang Kita buffet 25 malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini.
Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Kari Madras, Ikan Stim Cantonese, Udang Masak Lemak Cekur, Sotong Goreng Kam Heong, Daging Bakar Masak Lemak, Ikan Asam Pedas serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC. SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Mee Kari Nonya, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.
Dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa kini berlangsung di laman sesawang SACC iaitu https://www.saccramadan.com/ Dengan hanya Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak (tujuh hingga 12 tahun).
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, pakej korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM98 lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, sistem audio dan visual khas buat tetamu yang diundang.
Untuk pakej ini, pihak yang berminat boleh menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan untuk memastikan sambutan Ramadan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 dan perkembangan semasa juga boleh diikuti di laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre untuk maklumat lebih terkini.